About

Laman Bestari. Sudah berulangkali saya menyebut nama itu. Sukar sebenarnya mencari nama yang sesuai yang boleh mewakili pelbagai pengertian. Namun akhirnya ketemu juga, seperti ini.

Nama saya Azlan Mohamad Ali. Sesetengah orang mungkin mengenali saya. Atau search sahaja nama penuh saya itu di google insyaAllah akan ketemu beberapa keterangan tentang saya.

Umur saya baru 29 tahun. Mempunyai seorang isteri yang sangat saya sayang dan seorang anak yang baik dan comel. Saya sangat meminati falsafah tapi saya cepat bosan membaca karya falsafah yang kadangkala seolah-olah dibelenggu oleh fahaman-fahaman Muktazilah.

Saya sangat mencintai ilmu berkaitan Al-Quran, saya pernah menjadi pelajar dan pengajar namun saya lebih suka dikenali sebagai ‘peminat ilmu Al-Quran’. Pengalaman saya mengajar Al-Quran jika dicampurkan dengan kelas tidak formal, seawal usia saya 13 Tahun (di kampung) dan secara formal (di dalam kelas di SMKA Bandar Penawar) sebaik sahaja menamatkan SPM di situ. Ketika itu saya bersama Ustaz Sulaiman.

Ah, memang banyak pengalaman namun tidak mungkin segalanya saya zahirkan di sini.

Setelah saya memulakan blog www.alhawa.wordpress.com pada akhir 2007, mulai tahun 2008 ini, saya mempunyai matlamat ingin melancarkan beberapa laman blog  lagi yang dapat dimanfaatkan oleh para pembaca sekalian; antaranya ialah Laman Bestari ini. Apakah intipati pengkhususan Laman Bestari?

Maaf, saya tidak cukup ruang untuk menyatakannya di sini.

Nah, persilakanlah menjelajahi blog ini untuk mencari jawapannya!

azlan al-hawa

Tinggalkan komen