Product & Service

Saya akan mempromosikan beberapa barangan dan perkhidmatan di sini. Ia mungkin berbayar, percuma ataupun perkongsian dengan anda.

Sila layari lagi bagi mendapatkan penjelasan selanjutnya.

azlan al-hawa

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

1. KELAS TARANNUM AL-QURAN – Asas Menggunakan Kaedah Dian

(Promosi ini adalah terhad kepada jumlah pelajar dan masa ia akan berlangsung. Harap anda menjadi orang yang terawal menjadi rakan saya.)

Saya bercadang mengadakan kelas-kelas Tarannum melalui Kaedah Dian-Cepat Tarannum di Kluang dan di lokasi pilihan anda.

Pengurusan dan penetapan lokasi adalah pilihan anda namun bergantung kepada SYARAT-SYARAT berikut.

  1. Tidak pernah belajar Tarannum atau lemah berTarannum.
  2. Pelajar minima 5 orang dan tidak melebihi 10 orang.
  3. Minat yang mendalam.

Berkenaan BAYARAN, saya mengenakan bayaran yang sangat minima

  • (Kos ini bagi menampung kos pengangkutan iaitu minyak dan tol selama 2 hari, bagi perjalanan dari Kluang. Jika di Kuala Lumpur, ia melibatkan juga kos penginapan saya.)
  • (Berkenaan kos pengajian dan makan, saya tidak menetapkan sebarang kos yang khusus. Ia adalah ikhlas daripada anda.)

iaitu;

  1. RM 20.00 /seorang jika datang sendiri ke Kluang.
  2. RM 100.00 bagi Johor Bahru. / saya ke lokasi pilihan anda.
  3. RM 220.00 bagi Kuala Lumpur. / saya ke lokasi pilihan anda.

Bagi lokasi yang lain, saya sudi membincangkan tentang bayaran kursus ini kerana ia tidak lebih daripada ‘berapakah kos pengangkutan saya ke sana’. Soal kos pengajian dan makan, sekali lagi saya nyatakan ia ikhlas daripada anda. Bagi sesetengah orang, mungkin kos pengangkutan saya itu pun sudah menjadi keberatan, harap maaf dan harap maklum di atas kos pengangkutan tersebut.

Kelas akan dijalankan pada hujung minggu sahaja; Sabtu dan Ahad, buat masa ini.

  • JADUAL KELAS telah saya lampirkan di bawah.

Jadual Kelas Kaedah Dian-2 Hari

Jika anda berminat atau ada sebarang pertanyaan, sila hubungi saya melalui email ; azlansenggarang@yahoo.com sebelum perbincangan lebih terperinci dapat dilakukan.

Jangan lepaskan peluang ini!

azlan al-hawa

6 Responses to Product & Service

  1. puan Azizah berkata:

    Assalamualaikum.saya benar-benar berminat belajar taranum,macamana caranya?Saya berada dekat pekan senggarang,sekitar sini kat mana tempat belajarnya?

  2. alhawa berkata:

    ucapan terima kasih kerana sudi memberi komen di sini.. puan boleh belajar secara online atau memanggil saya datang ke tempat puan… maklumat lanjut boleh didapati apabila puan melayari laman blog ini.

    sesuai dengan email saya; azlansenggarang@yahoo.com , saya memang orang senggarang, batu pahat, cuma kadangkala kesempatan yang ada apabila balik ke kampung, saya gunakan untuk tujuan PJJ dan sebagainya.

    saya akan balas komen ini melalui email puan!

  3. razak berkata:

    salam tuan.
    saya berminat utk mengikuti kelas tuan, bagaimana caranya..

  4. alhawa berkata:

    buat masa sekarang, kelas online ditangguhkan kerana saya sedang menumpukan kepada penyusunan cd tarannum.. segala kesulitan, harap maaf.. namun jika ada keperluan mendesak..jangan malu2 untuk email kepada saya…

  5. Adam berkata:

    Assalamualaikum ustaz..
    terima kasih kerana sudi berurusan dgn saya..
    diharap usaha murni ustaz berterusan..

  6. sukiman hassan berkata:

    saya berminat untuk membeli cd-belajar tajwid pantas dan taranum bagaimana cara?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: