Konsep Asas Tajwid – 1 (panjang/pendek)

Salam Hormat!

Assalamualaikum. Terima kasih kerana sudi datang lagi ke laman blog ini. Ayuh kita terus kepada huraian tajuk post ini. KONSEP ASAS TAJWID.

Ada berapa KONSEP ASAS TAJWID?

2

Apakah ia?

1- Panjang atau pendek.

2- Jelas atau dengung.

Apakah maksud panjang atau pendek?

i-Anda harus mengenal dan menguasi huruf Mad yang menjadi penyebab berlakunya bacaan panjang.

ii-Hurufnya 3 iaitu, Alif, Wau, Ya.

iii – Alif – keadaannya mati (sukun) sebelumnya huruf yang berbaris atas (fathah).

Wau – keadaannya mati (sukun) sebelumnya huruf yang berbaris depan (dhommah.)

Ya – keadaannya mati (sukun) sebelumnya hurufyang berbaris bawah (kasrah).

Ada cara yang mudah mengenal Keadaan Mad ni?

Ada – Dalam Quran Resm Uthmani, Alif, Wau, Ya yang mati itu tidak kelihatan sebarang tanda di atasnya. Kosong.

KESIMPULANNYA?

Ini bermakna = huruf mad yang kosong atasnya >>> adalah hukumnya MAD (panjang).

Mesti baca hanya = 2 Harkat.
Tapi bukankah ada hukum 4,5,6 Harkat?

Ya. Itu jika ada tanda ( ~ ).

Bagaimana pula mad lin? Bukankah ada tanda sukun.

Memang. Huruf mad yang ada tanda mati maknanya mad lin lah. Kalau kosong= mad asli. Mad lin = 2,4,6. Mad asli = 2 sahaja.

Kalau Mad silah?

Asal mad silah ejaannya adalah mad asli jugak.

Kenapa Mad Aridh lis-Sukun tiada tanda ( ~ ) ?

Sebab tanda ( ~ ) hanya untuk 4,5,6. Sedangkan Mad Aridh lis-sukun boleh baca 2 juga.

Kalau Mad Lazim?

Mad lazim berbeza dengan Mad Aridh. Mad Lazim tak boleh baca 2 Harkat dan ada tanda ( ~ ).

Wallahu A’lam

Kita akan mengkaji KONSEP ASAS KE-2 pada masa yang lain. Semoga post kali ini dapat memberi manfaat. Anda kajilah betul-batul dan ambil masa memahamkan istilah mad-mad yang disebutkan. Jika anda serius, dalam 1 hari sahaja…. anda sudah faham dan hanya menunggu masa menguasi hukum Mad dalam Al-Quran!

*******************************************************************************

Kepada Allah saya pohon pahala (ilmu bermanfaat ini) disampaikan kepada arwah ibuku, arwah abangku dan juga keturunanku di alam penantian menuju akhirat. Amiin.

 

 

 

******************************************************************************

Kunjungi www.alhawa.wordpress.com dan www.attarannum.wordpress.com untuk merasai pengalaman baru mempelajari Al-Quran.

Wassalamu ala manit-tabi’al huda.

azlan al-hawa

4 Responses to Konsep Asas Tajwid – 1 (panjang/pendek)

  1. Guru tajwid berkata:

    Sekadar perkongsian. kalau salah harap mendapat teguran dari para alim ulama.

    Perbezaan diantara mad asli dan mad lin ialah huruf sebelum mad asli berbaris mengikut huruf mad tersebut. Contohnya sekiranya huruf mad itu ya,maka huruf sebelumnya mesti berbaris di bawah.kalau huruf mad itu wau,maka huruf sebelumnya mesti berbaris di hadapan.

    Tetapi mad lin pula ialah huruf sebelum mad lin iaitu wau dan ya mesti berbaris di atas.WAJIB.

  2. […] Konsep Asas Tajwid – 1 (panjang/pendek) February 2008 1 comment 4 […]

  3. Fatimah Azzahra Binti Omar berkata:

    sukar difahami lebih mendalam kerana tidak disertakan contoh dari ayat al-quran…apaPon terima kasih atas perkongsian ilmu….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: