Masa Anda Telah Diringkaskan.

Ingin belajar Tarannum tetapi sukar? Itu dulu. Dulu saya pun begitu.

Anda mungkin juga menggeleng-gelengkan kepala berkali-kali apabila melihat tajuk kiriman saya yang lepas iaitu boleh menguasai asas Tarannum dalam masa 2 hari bersamaan 4 jam sehari + 4 jam sehari keesokannya.

Saya tidak bergurau apatah lagi menipu anda. Saya telah melakukannya sebelum ini dan ia membuahkan hasil. Dalam kelas-kelas saya yang lalu, ada seorang ‘abang’ yang tidak tahu langsung bertarannum tetapi setelah kelas 8 jam yang saya jalankan, alhamdulillah, dia sudah boleh bertarannum.

Walau bagaimanapun, selalu saya tekankan kepada pelajar-pelajar kaedah saya ini, bahawa kaedah ini hanya sesuai bagi mereka (pelajar) yang tidak tahu langsung bertarannum dan tidak sesuai bagi pelajar yang sudah tahu bertarannum.

ATAUPUN, kaedah ini mungkin sesuai bagi mereka yang sudah mahir bertarannum tetapi masih tercari-cari apakah kaedah yang sesuai untuk menzahirkan ilmu tarannum mereka dengan mudah dan pantas. Saya mungkin ada kaedah yang sesuai dengan kehendak mereka. Mengapa mereka tidak mencuba kaedah yang mudah??

azlan al-hawa

2 Responses to Masa Anda Telah Diringkaskan.

  1. Ism. berkata:

    Assalamu’alaikum! Saya berminat dengan rancangan saudara untuk penyebaran pengajaran bertaranum yang di maksudkan di atas . Tetapi, saya tak begitu pasti apa kah yang saudara maksudkan dengan pengajian taranum tersebut? Adakah saudara ingin menyebarkan nya di ruangan web ini? Saya sememang nya mahir membaca Al Quran tetapi hanya mendatar saja tanpa berlagu kerana saya tak tahu bagaimana cara nya untuk melantunkan suara .Walaupun telah saya cuba di beberapa barisan ayat (saya pun tak tahu samada ayat yang berupa kebahgian,keinsafan,ancaman dan sebagainya.Saya cuma mengikut rentak irama saya sendiri dan akhirnya,sumbang dan amat menghampakan. Saya amat berbesar hati dan mungkin pembaca pembaca al quran yang lain juga, jika sekira nya usaha yang saudara maksudkan itu dapat di siarkan di halaman ini dari mula hingga akhir untuk bertaranum ini. Siapa lah tahu jika sudah mahir melaungkan ayat ayat Allah Subhanahuwataala kelak dengan bertaranum, ingin juga kami menyumbangkan bacaan ayat ayat suci di majlis majlis yang berunsurkan keugamaan dengan kesukarelaan kerana Allah semata mata. Terutama dalam majlis majlis Maulidul Rasul. Malu pula rasa nya untuk menyumbangkan bacaan quran hanya dengan cara mendatar saja.Itu saja tujuan saya yang sebenar nya, tetapi tak tahu lah pula apa tujuan dari peminat peminat taranum yang lain.Wassalam.

  2. alhawa berkata:

    Waalaikum salam..

    saya harap, saudara ism. tidak kisah jika saya menjawab menggunakan point sahaja.

    1-saya memang berhasrat menjadikan blog ini sebagai wadah penyebaran ilmu tarannum tetapi sudah tentu sangat terhad melainkan saya dan peminat tarannum itu bersedia menggunakan teknologi video conferencing atau sekurang-kurangnya YM / Skype. Oleh itu, saya masih berhasrat menjalankan kelas tarannum di realiti (bukan siber semata-mata).

    2-belajar tarannum memang memerlukan kemahiran tertentu. walau bagaimanapun, kemahiran itu bukan 100% bakat semulajadi. Ia boleh dibimbing dan dibentuk mengikut kaedah yang sesuai. Sila rujuk ; e-book saya yang terkini!

    3-membaca al-Quran dengan suara yang lunak merupakan impian bagi kebanyakan imam, bilal, tok / tuan guru, haji-hajah… kenapa? mereka percaya bahawa dengan suara yang lunak dan bacaan yang indah, mereka lebh dapat merasakan kemukjizatan al-Quran melembut dan memberikan ketenangan buat mereka. Lantaran itu, jemaah atau murid-murid mereka akan turut merasakan belaian nur al-Quran itu sendiri.

    wallahu a’lam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: