Inginkan ‘Kaedah Dian?’

Saya sengaja mengasingkan pos ini walaupun saya boleh mencantumkan sahaja dengan pos di bawah. Tujuannya= saya mahu anda fokus dengan tajuk pos kali ini.

CERITA BENAR (1) 

Sewaktu saya menjumpai kaedah ini, kira-kira pada tahun 2003 atau boleh saya katakan dalam bentuk kasar pada tahun 1999, tidak ada orang memandang kaedah ini, sehingga sekarang. Apakah kaedah saya ini berdosa? Tidak bagus? atau menyalahi hukum bertarannum yang asal?

Saya yakini ia bukan berkisar semua itu. Ia lebih merupakan persoalan ‘SIAPA ANDA DENGAN KAEDAH INI.”

Saya pernah dipelawa mempersembahkan kaedah ini di sebuah pejabat pendidikan agama, namun di saat-saat akhir, kesempatan itu tidak ada buat saya.

Walau bagaimanapun, saya sempat mempersembahkan kaedah ini dibeberapa masjid ‘besar’ dalam negeri Johor namun, ia sekadar persembahan. Mujur saya pernah bertugas sebagai Guru Agama di sebuah pusat latihan belia, maka kesempatan ini saya gunakan meluaskan dan memahirkan diri saya dengan kaedah ini.

Akhirnya, ada seorang hamba Allah yang kini telah bersara daripada Jabatan Pertanian menjemput saya mengadakan kelas Kaedah Dian ini di bilik mesyuarat pejabatnya. Mereka memilih untuk saya adakan kelas sekali seminggu selama 5 minggu. Bermakna 2jam untuk sekali kelas X 5minggu = 10 jam. 2 Jam terakhir bukanlah kelas tetapi lebih kepada jamuan dan pertukaran hadiah.🙂

CERITA BENAR (2)

Kadangkala saya terfikir sendiri, apakah lagi yang harus saya lakukan untuk menyebarkan ilmu-ilmu ini. Jujur, saya bukan gilakan nama, pangkat atau wang ringgit dengan sedikit kelebihan saya yang ada ini. Saya seronok melihat saya menjadi wasilah ilmu itu disebarkan.

Namun, saya mempunyai kelemahan, saya tidak boleh berjalan sendirian. Jika anda berminat dengan Kaedah Dian ini, sila e-mail saya di azlansenggarang@yahoo.com secepat mungkin kerana saya tidak mungkin membenarkan terlalu ramai menjadi ‘rakan penyebar’ Kaedah Dian ini. (Kita akan berbincang dengan lebih personal, permulaannya di dalam e-mail.)

Tiada syarat dikenakan melainkan ; Anda mempunyai kejujuran, idea, pengalaman dan lebih penting kecintaan terhadap penyebaran ilmu ini.

Rasanya cukup dahulu setakat ini, saya nantikan komen dan e-mail daripada anda semua yang menjadikan hits lamanbestari ini semakin hari semakin tinggi.

Wassalam

azlan al-hawa

One Response to Inginkan ‘Kaedah Dian?’

  1. Ron berkata:

    tahniah kerana mengusahakan CD kaedah DIAN dan saya juga ingin memilikimya…
    setelah membaca “kisah benar” saudara. saya dapat merasakan perasaan anda apabila saya cuba mencadangkan Kepada JAJ khususnya Bahagian Pendidikan untuk menggunakan sistem yang lengkap pengurusan pentadbiran yang “kurang kemas” di akhir tahun 80-an..
    namun juga tidak kesampaian. apa pun saya bangga kepada… tahniah dan syabas.. semoga mukjizat maknawi ini dapat dipelihara dan diwarisi kepada generasi kita seterusnya… amin…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: