Mukaddimah

Selamat datang! Jikalau kita bertemu buat kesekian kalinya, saya ucapkan terima kasih yang tidak terhingga. Jika anda baru pertama kali mengenal al-hawa, inilah dia laman blog ‘cawangan‘ daripada www.alhawa.wordpress.com.

Laman Bestari merupakan blog yang mengkhusus kepada bagaimana ilmu-ilmu yang berkaitan seperti Tajwid, Tarannum, Qiraat dan sebagainya dapat disampaikan kepada murid dengan cara yang mudah, pantas tetapi berkesan.

Benar, kadangkala kita perlu jujur bahawa pengajian Al-Quran kadangkala seperti pengajian ilmu yang lain.  Kadangkala senang dan kadangkala sukar. Persoalannya, dimanakah kesukaran itu? Berapa lama masa diambil untuk mengatasi kesukaran itu?

Anda tahu jawapannya ; kadangkala tiada jawapan. Dan Laman Bestari bukan hadir untuk memberikan anda sebarang jawapan. Ia memberikan anda pilihan. Keputusan di tangan anda untuk memilih apakah kaedah yang paling ringkas dan tuntas untuk mempelajari ilmu dan selok belok Al-Quran.

Laman Bestari ini juga bukanlah sumber yang terbaik bagi rujukan pengajian Al-Quran di dalam internet. Walau bagaimanapun, saya akan berusaha sedaya mungkin agar setiap kenyataan dan keterangan di dalam blog ini adalah benar.

Semoga anda menjumpai manfaat di sini. Jumpa lagi diruangan lain.

Wama Taufiki Ill-Allah

Wasalam.

azlan al-hawa

4 Responses to Mukaddimah

  1. ROZANA BT ABD WAHAB berkata:

    SAYA BERMINAT UNTUK MENGIKUTI PROGRAM YG DISEDIAKAN

  2. alhawa berkata:

    Puan Rozana nampaknya sangat berminat dengan kaedah2 saya ini… harap puan terus mengikuti perkembangan blog saya ini.. sebagai makluman kelas2 online masih ditangguhkan buat sementara waktu ini..

  3. norizah hussain berkata:

    saya berminat ikut kelas online percuma kaedah dian-cepat tarannum..bagaimana cara dan bila kelas diadakn

  4. alhawa berkata:

    puan norizah >> pada waktu ini saya agak sibuk dengan kerja saya (menulis buku). dalam masa yang sangat terhad ini, saya sedang menyiapkan satu cd yang pada saya agak sukar khusus untuk panduan belajar tarannum secara asas tetapi mudah dan praktikal. Harap puan setia menyusur blog saya ini.. terima kasih atas komen ini!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: