Kaedah Dian Terkini

Februari 7, 2010

Saya sudah mengupload 1 kaedah Dian (daripada 8 Kaedah) ke YouTube. Sila jejaki file tersebut.

Saya yakin video tersebut sangat berguna buat kalian.

PROMOSI

KAEDAH DIAN PERTAMA


Benarkah Ada Kaedah Pantas Tarannum?

Jun 25, 2008

Salam bahagia. Salam hormat. Salam mulia.

Assalamualaikum.

Sudah lama saya tidak berbicara di dalam blog ini yang mengkhusus kepada kaedah-kaedah pantas belajar Al-Quran.

Kali ini, saya cuma ingin menyatakan bahawa memang ada kaedah-kaedah mudah dan pantas (dan murah) untuk belajar Al-Quran.

Murah dan berkualiti bukan diukur dengan RM ($) semata-mata tetapi;-

  • nilai ilmu berbanding masa yang diperlukan untuk menguasai asas utama ilmu itu.
  • harga yang harus didilaburkan.
  • dan tahap kemampuan minima seseorang, untuk mendalami ilmu berkenaan.

Suka saya ulangi, saya bukanlah pakar dalam ilmu-ilmu Al-Quran ini, jadi tuan-puan boleh sahaja menegur dan mengkritik apa jua persembahan saya samaada blog ini, VCD, buku-buku saya dan sebagainya. Saya hanya manusia biasa yang ada sedikit kelebihan mengungkai kaedah-kaedah pantas belajar Al-Quran.

Jadi, terpulang bagi diri anda semua. Jika masih mencari dan membuat perbandingan, silakan. Namun, jika saudara ingin mencuba satu kaedah pantas yang sering saya war-warkan dalam blog ini, silakan juga dan apa yang penting; ia bukanlah satu gimik. Ia memang benar. Ada kaedah pantas belajar Tarannum.

Berapa lama? Anda boleh pilih jangka masa di bawah (insyaAllah);

  • 5 kali kelas. Setiap kelas 1 hingga 1 1/2 jam.
  • 2 pertemuan / 2 hari. Setiap pertemuan 4-5 jam.
  • 2 pertemuan / 1 hari. Setiap pertemuan 4-5 jam.

Atau ingin lebih pantas??

  • 1 pertemuan / 4 jam.

Jangan katakan semua di atas mustahil hanya kerana pengalaman anda belajar Tarannum selama ini yang memakan masa berbulan malahan bertahun-tahun.  Setiap  jangkamasa di atas ada kaedah-kaedah tertentu. Namun,  hanya mereka yang benar-benar komited sahaja yang  akan saya berikan kaedah  terakhir (1 pertemuan / 4 jam= Anda pandai bertarannum dengan 4 lagu).

Bagi 3 jangkamasa yang pertama, saya juga harus melihat kesesuaian walaupun secara umumnya, semua orang boleh memilih mana-mana sahaja yang sesuai dengan kelapangan dan ketenangan hari mereka. Anda harus berhubung dengan saya melalui email (azlansenggarang@yahoo.com) jika ingin tahu selanjutnya. Atau layari di www.attarannum.wordpress.com bagi maklumat selanjutnya.

Semoga berjumpa lagi.

Wassalam

azlan al-hawa


Tausikh Tarannum Baiyati

Mei 21, 2008

Anda sukar mempelajari Tarannum? Sila dapatkan CD Tarannum (beli 1 percuma 2) berharga RM15.00. Sila layari www.attarannum.wordpress.com untuk maklumat lanjut.

Antara Isi Kandungan CD-CD tersebut ialah seperti clip video di bawah;-


Memilih Jenis Quran

April 4, 2008

Topik kali ini berkaitan jenis-jenis Al-Quran.

Jika anda perasan, Al-Quran di Malaysia boleh dibahagikan kepada 2 jenis. Rasm Uthmani dan Imla’i.

Mukaddam pula, Mukaddam ejaan Rasm Uthmani dan Mukaddam Baghdadi.

Berkenaan Quran Rasm Uthmani atau Mukaddam ejaan Rasm Uthmani, sudah semakin banyak kemunculan teks-teks berwarna bagi tujuan membezakan hukum-hukum Tajwid.

Penggunaan warna adalah lanjutan tranformasi penulisan Al-Quran yang bermula dengan zaman;

1-Huruf tanpa titik.

2-Huruf dengan titik.

3-Huruf berbaris I.

4-Huruf berbaris II.

5-Kalimah Al-Quran berwarna (?).

Kadangkala kita beranggapan dengan kemudahan-kemudahan yang ada pada zaman ini, ia akan membuatkan kita lebih selesa dan mudah melakukan perkara-perkara kebaikan.

Cth; Kita ANGGAP, kalau ada kereta, berbanding motor sekarang; senanglah kita pergi ke masjid untuk solat, walaupun hujan. Benarkah??

Kita ANGGAP, kalau ada kerja selesa sikit, boleh peruntukkan khusus untuk sedekah. Benarkah??

Dalam banyak hal, permulaannya memberikan kebaikan. Namun jika tidak di kawal, ia hanya sekadar hangat-hangat awal pekerjaan sahaja.

Begitu juga dengan teks Al-Quran berwarna atau buku Iqra’. Memang betul kita mementingkan sebutan yang betul, tetapi perlu juga belajar dengan teori dan kenal huruf-huruf apakah ini dan apakah hukum-hukumnya. Teks Quran berwarna hanyalah sokongan. Buku Iqra’, Qiraati, Furqan dan lain-lain adalah sokongan.

Jika anda mengajar anak-anak dengan buku-buku Mukaddam seperti itu,teruskan, tetapi kenalkan juga tentang huruf dan hukum hakamnya.

Jika anda mengaji menggunakan Quran Teks bewarna, teruskan, tetapi harus kenal secara teori juga hukum-hukum Tajwid bersandarkan huruf. Jangan bila dah jumpa sesuatu yang mudah; yang asas diabaikan.

Buatlah pilihan yang bijak.

azlan al-hawa 


Melentur Rebung..

Mac 26, 2008

Nanti jadi anak yang soleh.

Saya masih mengajar ngaji kepada budak-budak kecil. Walaupun dah lama tidak mengajar kelas dewasa, insyaAllah, kesempatan yang ada membolehkan saya meluangkan lebih masa mengkaji dengan lebih mendalam kaedah-kaedah baru yang mungkin dapat membantu saya memantapkan lagi kaedah pengajaran saya.

Lihatlah sahaja telatah mereka di atas…


Bersedia dengan perubahan

Mac 19, 2008

Tajuk di atas bukan tajuk politik semasa. Saya sama sekali tidak akan berpolitik dalam lingkungan pengajaran ilmu..insyaAllah, itulah tekad saya.

Yang saya maksudkan dengan ‘Bersedia dengan perubahan’ ialah kita perlu memahami dan bersedia bertindak sewajarnya dengan perubahan kaedah-kaedah pembelajaran yang semakin terkini dengan tidak melupakan kaedah-kaedah lama yang telah banyak membantu generasi baru guru-guru Al-Quran mencipta kaedah baru.

Apa yang dapat saya simpulkan di sini; kepada teman-teman guru-guru Al-Quran, ada masanya kita perlu mengajar Al-Quran dengan kaedah terkini dan bersedia mengubah teknik pengajaran kita, atau mencampur adukkan kaedah atau mencipta kaedah baru demi kebaikan anak-anak murid kita.

Kepada murid-murid, pelajar Al-Quran; buangkan mentaliti percuma dalam belajar Al-Quran. Anda bukan membayar ilmu mereka (sesungguhnya tidak terbayar), tetapi penat lelah dan masa mereka. Ada masa pendidikan Al-Quran itu seharusnya percuma. Adakalanya ia perlu dibayar tetapi ia masih bukan satu perniagaan, YA! bukan satu perniagaan: pada pendapat saya.

 alhawa


Makluman : Pelajar-Pelajar Online

Februari 25, 2008

Sebagai makluman.. saya memohon maaf jika dalam tempoh seminggu ini (atau kurang) akan berlaku masalah bagi menghubungi saya melalui YM-audio dan Skype.

Ini disebabkan komputer pertama saya telah diserang virus dan sekarang saya gunakan komputer yang kedua. Sebaik sahaja, saya dapat mengembalikan komputer #1 kepada keadaan asal, saya akan memberitahu anda semula.

Namun, sukacita dimaklumkan anda masih boleh berhubung dengan saya melalui email ke azlansenggarang@yahoo.com . Ingin juga dimaklumkan bahawa, komputer yang saya gunakan sekarang tidak begitu ‘laju’ berbanding komputer sebelum ini.

Saya akan cuba atasi kesulitan ini seberapa segera dan sekali lagi harap maaf saya hulurkan.

wassalam

azlan al-hawa

 

* video baru telah saya masukkan = www.attarannum.wordpress.com (lagu Baiyati)


Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.