Memilih Jenis Quran

April 4, 2008

Topik kali ini berkaitan jenis-jenis Al-Quran.

Jika anda perasan, Al-Quran di Malaysia boleh dibahagikan kepada 2 jenis. Rasm Uthmani dan Imla’i.

Mukaddam pula, Mukaddam ejaan Rasm Uthmani dan Mukaddam Baghdadi.

Berkenaan Quran Rasm Uthmani atau Mukaddam ejaan Rasm Uthmani, sudah semakin banyak kemunculan teks-teks berwarna bagi tujuan membezakan hukum-hukum Tajwid.

Penggunaan warna adalah lanjutan tranformasi penulisan Al-Quran yang bermula dengan zaman;

1-Huruf tanpa titik.

2-Huruf dengan titik.

3-Huruf berbaris I.

4-Huruf berbaris II.

5-Kalimah Al-Quran berwarna (?).

Kadangkala kita beranggapan dengan kemudahan-kemudahan yang ada pada zaman ini, ia akan membuatkan kita lebih selesa dan mudah melakukan perkara-perkara kebaikan.

Cth; Kita ANGGAP, kalau ada kereta, berbanding motor sekarang; senanglah kita pergi ke masjid untuk solat, walaupun hujan. Benarkah??

Kita ANGGAP, kalau ada kerja selesa sikit, boleh peruntukkan khusus untuk sedekah. Benarkah??

Dalam banyak hal, permulaannya memberikan kebaikan. Namun jika tidak di kawal, ia hanya sekadar hangat-hangat awal pekerjaan sahaja.

Begitu juga dengan teks Al-Quran berwarna atau buku Iqra’. Memang betul kita mementingkan sebutan yang betul, tetapi perlu juga belajar dengan teori dan kenal huruf-huruf apakah ini dan apakah hukum-hukumnya. Teks Quran berwarna hanyalah sokongan. Buku Iqra’, Qiraati, Furqan dan lain-lain adalah sokongan.

Jika anda mengajar anak-anak dengan buku-buku Mukaddam seperti itu,teruskan, tetapi kenalkan juga tentang huruf dan hukum hakamnya.

Jika anda mengaji menggunakan Quran Teks bewarna, teruskan, tetapi harus kenal secara teori juga hukum-hukum Tajwid bersandarkan huruf. Jangan bila dah jumpa sesuatu yang mudah; yang asas diabaikan.

Buatlah pilihan yang bijak.

azlan al-hawa 


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.