Kaedah Dian Terkini

Februari 7, 2010

Saya sudah mengupload 1 kaedah Dian (daripada 8 Kaedah) ke YouTube. Sila jejaki file tersebut.

Saya yakin video tersebut sangat berguna buat kalian.

PROMOSI

KAEDAH DIAN PERTAMA


Belajar Tarannum Cara Pantas

Januari 15, 2009

Salam buat teman-teman semua.. Untuk makluman, saya ada meletakkan satu link yang boleh di download iaitu KAEDAH DIAN-ASAS berbentuk praktikal. Audio ini hanyalah bersifat asas namun sangat membantu dan saya telah membantu ramai orang dengan kaedah ini sejak saya perkenalkan hampir 10 tahun dulu dan secara aktif sejak lebih kurang tahun 2004-2006 yang lalu.

Kaedah ini adalah yang pertama-tama kali saya jumpa dan sudah tentu ada lagi kaedah-kaedah lain yang bakal saya mengejutkan tuan-puan sekalian..

Semua ini adalah kurniaan Allah yang ingin saya kongsikan bersama dengan kalian. Harap jika ada pandangan, janganlah malu-malu mengkritik saya.. Doakanlah mudah-mudahan saya dapat menjumpai kaedah-kaedah lain yang lebih mudah, untuk kalian mendekati dan memahami Tarannum Al-Quran.

Kaedah ini adalah percuma sahaja, tetapi jika tuan puan ingin menyumbang kepada saya, bolehlah dimaksukkan ke dalam akaun saya iaitu;

CIMB : 0107-0066358-52-3

Jika tuan puan menyumbang walau berapa pun, saya terima dengan ikhlas. Jika tidak menyumbang, saya ikhlas menghadiahkannya kepada tuan puan.

Sila lawati www.alhawa.wordpress.com untuk keterangan lanjut.

Sila lawati www.attarannum.wordpress.com untuk tujuan download.

Salam hormat, salam perkenalan..


Benarkah Ada Kaedah Pantas Tarannum?

Jun 25, 2008

Salam bahagia. Salam hormat. Salam mulia.

Assalamualaikum.

Sudah lama saya tidak berbicara di dalam blog ini yang mengkhusus kepada kaedah-kaedah pantas belajar Al-Quran.

Kali ini, saya cuma ingin menyatakan bahawa memang ada kaedah-kaedah mudah dan pantas (dan murah) untuk belajar Al-Quran.

Murah dan berkualiti bukan diukur dengan RM ($) semata-mata tetapi;-

  • nilai ilmu berbanding masa yang diperlukan untuk menguasai asas utama ilmu itu.
  • harga yang harus didilaburkan.
  • dan tahap kemampuan minima seseorang, untuk mendalami ilmu berkenaan.

Suka saya ulangi, saya bukanlah pakar dalam ilmu-ilmu Al-Quran ini, jadi tuan-puan boleh sahaja menegur dan mengkritik apa jua persembahan saya samaada blog ini, VCD, buku-buku saya dan sebagainya. Saya hanya manusia biasa yang ada sedikit kelebihan mengungkai kaedah-kaedah pantas belajar Al-Quran.

Jadi, terpulang bagi diri anda semua. Jika masih mencari dan membuat perbandingan, silakan. Namun, jika saudara ingin mencuba satu kaedah pantas yang sering saya war-warkan dalam blog ini, silakan juga dan apa yang penting; ia bukanlah satu gimik. Ia memang benar. Ada kaedah pantas belajar Tarannum.

Berapa lama? Anda boleh pilih jangka masa di bawah (insyaAllah);

  • 5 kali kelas. Setiap kelas 1 hingga 1 1/2 jam.
  • 2 pertemuan / 2 hari. Setiap pertemuan 4-5 jam.
  • 2 pertemuan / 1 hari. Setiap pertemuan 4-5 jam.

Atau ingin lebih pantas??

  • 1 pertemuan / 4 jam.

Jangan katakan semua di atas mustahil hanya kerana pengalaman anda belajar Tarannum selama ini yang memakan masa berbulan malahan bertahun-tahun.  Setiap  jangkamasa di atas ada kaedah-kaedah tertentu. Namun,  hanya mereka yang benar-benar komited sahaja yang  akan saya berikan kaedah  terakhir (1 pertemuan / 4 jam= Anda pandai bertarannum dengan 4 lagu).

Bagi 3 jangkamasa yang pertama, saya juga harus melihat kesesuaian walaupun secara umumnya, semua orang boleh memilih mana-mana sahaja yang sesuai dengan kelapangan dan ketenangan hari mereka. Anda harus berhubung dengan saya melalui email (azlansenggarang@yahoo.com) jika ingin tahu selanjutnya. Atau layari di www.attarannum.wordpress.com bagi maklumat selanjutnya.

Semoga berjumpa lagi.

Wassalam

azlan al-hawa


e-Book Kaedah Dian (2003)

Februari 12, 2008

Assalamualaikum…

Apa khabar kawan-kawan semua? Harap-harap sihat belaka.

Sebenarnya saya tidak mengenali anda semua jika anda tidak memperkenalkan diri kepada saya. Antara cara memperkenalkan diri ialah dengan memberi komen atau menghantar e-mail kepada saya.

Tujuan utama ialah supaya saya dapat melihat diri saya daripada pandangan kawan-kawan semua. Saya bimbang saya tersilap sewaktu saya meyakini saya di jalan kebenaran. Lebih-lebih lagi apabila laman blog ini semakin hari semakin tinggi hits yang saya terima.

Selain itu saya berpendapat alangkah baiknya jika kita saling mengenali sewaktu anda singgah atau lalu di blog saya ini. Jika ada sedikit manfaat saya persilakan anda download dan sebar-sebarkannya.. (bukan jual yer!).

Hasil daripada itu (hits yang tinggi), saya merasakan tanggungjawab semakin besar di sini. Saya perlu menyediakan sesuatu yang bermanfaat buat kalian. Lantaran itu saya muatkan satu lagi e-Book yang lebih lengkap untuk tatapan kalian berkenaan teori Kaedah Dian. Kaedah ini merupakan harta intelek saya…maka jangan salah gunakan yer!

Semoga dengan penjelasan demi penjelasan berkenaan kaedah pantas tarannum (Kaedah Dian) akan membuka minda anda betapa, ada benda yang susah bukan kerana susah; tetapi kita tidak mahu mempermudahkannya. :)

wassalam

azlan al-hawa


Inginkan ‘Kaedah Dian?’

Februari 11, 2008

Saya sengaja mengasingkan pos ini walaupun saya boleh mencantumkan sahaja dengan pos di bawah. Tujuannya= saya mahu anda fokus dengan tajuk pos kali ini.

CERITA BENAR (1) 

Sewaktu saya menjumpai kaedah ini, kira-kira pada tahun 2003 atau boleh saya katakan dalam bentuk kasar pada tahun 1999, tidak ada orang memandang kaedah ini, sehingga sekarang. Apakah kaedah saya ini berdosa? Tidak bagus? atau menyalahi hukum bertarannum yang asal?

Saya yakini ia bukan berkisar semua itu. Ia lebih merupakan persoalan ‘SIAPA ANDA DENGAN KAEDAH INI.”

Saya pernah dipelawa mempersembahkan kaedah ini di sebuah pejabat pendidikan agama, namun di saat-saat akhir, kesempatan itu tidak ada buat saya.

Walau bagaimanapun, saya sempat mempersembahkan kaedah ini dibeberapa masjid ‘besar’ dalam negeri Johor namun, ia sekadar persembahan. Mujur saya pernah bertugas sebagai Guru Agama di sebuah pusat latihan belia, maka kesempatan ini saya gunakan meluaskan dan memahirkan diri saya dengan kaedah ini.

Akhirnya, ada seorang hamba Allah yang kini telah bersara daripada Jabatan Pertanian menjemput saya mengadakan kelas Kaedah Dian ini di bilik mesyuarat pejabatnya. Mereka memilih untuk saya adakan kelas sekali seminggu selama 5 minggu. Bermakna 2jam untuk sekali kelas X 5minggu = 10 jam. 2 Jam terakhir bukanlah kelas tetapi lebih kepada jamuan dan pertukaran hadiah. :)

CERITA BENAR (2)

Kadangkala saya terfikir sendiri, apakah lagi yang harus saya lakukan untuk menyebarkan ilmu-ilmu ini. Jujur, saya bukan gilakan nama, pangkat atau wang ringgit dengan sedikit kelebihan saya yang ada ini. Saya seronok melihat saya menjadi wasilah ilmu itu disebarkan.

Namun, saya mempunyai kelemahan, saya tidak boleh berjalan sendirian. Jika anda berminat dengan Kaedah Dian ini, sila e-mail saya di azlansenggarang@yahoo.com secepat mungkin kerana saya tidak mungkin membenarkan terlalu ramai menjadi ‘rakan penyebar’ Kaedah Dian ini. (Kita akan berbincang dengan lebih personal, permulaannya di dalam e-mail.)

Tiada syarat dikenakan melainkan ; Anda mempunyai kejujuran, idea, pengalaman dan lebih penting kecintaan terhadap penyebaran ilmu ini.

Rasanya cukup dahulu setakat ini, saya nantikan komen dan e-mail daripada anda semua yang menjadikan hits lamanbestari ini semakin hari semakin tinggi.

Wassalam

azlan al-hawa


Masa Anda Telah Diringkaskan.

Februari 11, 2008

Ingin belajar Tarannum tetapi sukar? Itu dulu. Dulu saya pun begitu.

Anda mungkin juga menggeleng-gelengkan kepala berkali-kali apabila melihat tajuk kiriman saya yang lepas iaitu boleh menguasai asas Tarannum dalam masa 2 hari bersamaan 4 jam sehari + 4 jam sehari keesokannya.

Saya tidak bergurau apatah lagi menipu anda. Saya telah melakukannya sebelum ini dan ia membuahkan hasil. Dalam kelas-kelas saya yang lalu, ada seorang ‘abang’ yang tidak tahu langsung bertarannum tetapi setelah kelas 8 jam yang saya jalankan, alhamdulillah, dia sudah boleh bertarannum.

Walau bagaimanapun, selalu saya tekankan kepada pelajar-pelajar kaedah saya ini, bahawa kaedah ini hanya sesuai bagi mereka (pelajar) yang tidak tahu langsung bertarannum dan tidak sesuai bagi pelajar yang sudah tahu bertarannum.

ATAUPUN, kaedah ini mungkin sesuai bagi mereka yang sudah mahir bertarannum tetapi masih tercari-cari apakah kaedah yang sesuai untuk menzahirkan ilmu tarannum mereka dengan mudah dan pantas. Saya mungkin ada kaedah yang sesuai dengan kehendak mereka. Mengapa mereka tidak mencuba kaedah yang mudah??

azlan al-hawa


Belajar Taranum Hanya 2 Hari

Februari 7, 2008

Benar. Saya tidak berbohong kerana ia telah terbukti. Bukan seorang dua tetapi puluhan orang telah berjaya menguasai peringkat asas tarannum yang membolehkannya belajar dengan lebih jauh lagi.

Berikut kisah pengalaman saya yang saya rasa boleh dikongsi bersama kalian.

Pengalaman saya sewaktu mengajar di penjara Simpang Renggam sewaktu praktikal semester 5 di KUSZA membuatkan saya begitu kasihan dengan mereka yang meminati Al-Quran tetapi tidak berupaya membaca malah ada yang langsung tidak mengenal huruf.

Simpati saya ini berlarutan apabila saya melihat ramai orang yang belajar Tarannum di masjid-masjid (kebanyakannya), tetapi kelas yang berbentuk sekali-seminggu itu tidak menjadikannya pandai tarannum walaupun sudah berlangsung kelas tersebut bertahun-tahun. Hasil pemerhatian saya mendapati, mereka yang pandai tarannum adalah mereka dikalangan ustaz-ustazah ataupun yang memang sudah tahu bertarannum sejak daripada kecil lagi.

Saya pun begitu. Susah sebenarnya belajar tarannum semasa kecil, ditambah abah saya sewaktu itu sangat garang. Nah, hasil semua pengalaman itu, saya mencipta beberapa kaedah yang saya rasakan punya potensi bagi menjadikan seorang yang tidak tahu tarannum kepada orang yang kenal dan boleh melagukan Al-Quran di mana-mana ayat juga di dalam Al-Quran.

Kaedah ini saya namakan ‘KAEDAH DIAN’ di samping beberapa kaedah lain berkenaan Tajwid dan Qiraat yang mempunyai nama-nama yang lain.

Teruskan mengunjungi dan melayari laman blog ini ataupun cabang-cabang alhawa yang lain kerana masih banyak yang saya ingin kongsi bersama kalian.

azlan al-hawa


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.